Filled Under:

Memalukan! Billboard Besar Aibkan Nama Neelofa

Nampaknya nama Neelofa dijadikan sebagai bahan untuk mempromosikan nama syarikat dan produk di nagara ini.
Sebuah syarikat yang terkenal dengan melahirkan usahawan kosmetik dan penjagaan kulit di bawah label sendiri dikenali sebagai JenamaSendiri.com memasang papan tanda (billboard) mengaibkan nama pelakon dan usahawan muda Neelofa.
Menurut seorang pengguna media sosial,  papan tanda itu dipasang di tepi Lebuhraya Persekutuan KL-Selangor. Papan tanda itu memaparkan imej rekaan sampul surat berwarna kuning ditujukan kepada Neelofa.

“Dear Neelofa, Sesungguhnya Zoo Lebih mulia daripada Zouk. Dakwah Ikhlas dari Jenamasendiri.com”
Apakah sebenarnya yang mereka cuba sampaikan dari Billboard ini? Syarikat ini seolah-olah mengambil kesempatan dari isu kontroversi majlis pelancaran koleksi tudung baharu Be Lofa di Zouk sebagai strategi pemasaran mempromosikan syarikat mereka.
Bagi kami, papan tanda selayaknya dijadikan salah satu alat komunikasi untuk menerangkan kepada pengguna bukannya mengaibkan mana-mana nama pihak tertentu. Yang menjadi persoalan, bagaimana billboard ini boleh diluluskan oleh pihak berkuasa?
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Sumber: PetuaViral via SoyaLemon.org