Anugerah MeleTOP Era 2018 sudah berlangsung tetapi ia masih diperkatakan ramai pihak. Ada yang menggelarnya malam anugerah Neeletop (kerana Neelofa menerima anugerah mengalahkan Zul Ariffin dan Syafiq Kyle), ada yang gembira dan tidak puas hati dengan mutu pengacaraan dan majlis, namun antara yang diperkatakan ialah Neelofa hampir terjatuh di atas pentas tetapi diselamatkan pelakon kacak lagi sasa, Zul Ariffin.
Zul Ariffin dan Neelofa melakonkan sketsa sweet di pentas AME Ahad lepas. Keduanya ialah gandingan yang hangat diperkatakan kerana drama Ti Amo, Sweetheart 100 Hari arahan Michael Ang yang bakal ditayangkan di Astro sekitar Ogos ini.
Gandingan itu begitu diperkatakan sehingga ada yang meminta agar mereka berdua berkahwin.
sumber : beautifulnara.com