Filled Under:

“Kurus Macam Papan Pun, Allah Yang Bagi”


Sebenarnya jika anda perasan, gejala cakap lepas di sosial media memang sukar untuk dibanteras lagi. Selagi boleh kecam dan tinggalkan komen yang menyakitkan hati, selagi itulah pengguna tersebut akan lakukan. Baru-baru ini Siti Elizad dihina kerana berbadan kurus seperti papan. Memang melentinglah tuan punya badan.


“Nak hina benda lain saya okay lagi cuma jangan sentuh bab family dan fizikal saya je okay. Kurus macam papan pun kejadian Allah yang bagi. Mulut makcik cantik naww ke?” tegas Elizad di Twitter.
Melalui perkongsian screenshot di laman sosial tersebut, wanita tersebut meninggalkan komen biadap berkaitan tubuh badannya yang kurus. Siapalah tidak marah jika menyentuh tentang fizikal’bukan? Nampak sangat mentaliti rendah individu yang tinggalkan komen sedemikian pun.

Bertabahlah Elizad dalam berhadapan dengan komen dan kecaman sebegini. Silap-silap akaun yang dipamerkan itu pun akaun palsu. Janganlah buang masa melayan orang yang perlukan perhatian sebegitu.

sumber :rotikaya