Filled Under:

Sungguh Mengejutkan!! Luahan Hati Dira Abu Zahar Selepas Bergiat Aktif Dalam Puteri Umno… Hmmm Harap Peminat Boleh Terima…



PELAKON dan pengacara kini bergelar Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar, 34, berkata, dia tidak kisah menerima kecaman peminat dan bukan peminat kerana tindakan memilih aktif dalam politik.
Menurut Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, dia sendiri sudah bersiap sedia untuk berhadapan situasi itu sejak mula aktif empat tahun lalu.
“Saya akui, apabila seseorang artis memilih untuk berpihak kepada sesuatu parti politik, itu akan memberi kesan kepada jumlah peminat dan sokongan terhadapnya.“Saya sendiri pun memang sudah sedar akan hal ini dan bersedia. Kini, sedar tak sedar, dah masuk tahun keempat saya bergerak aktif dalam politik,” katanya kepada Harian Metro.
Dira bagaimanapun menegaskan bahawa seni itu sendiri merentasi segala sempadan kerana ia bersifat meluas.

“Seni merentasi semua sempadan. Tidak kiralah sama ada kita berpihak kepada parti politik A atau B,” katanya.

Katanya lagi, dia yang juga penerbit syarikat produksi Hyper Pictures Sdn Bhd berkata, dia tidak ada sebarang masalah sekiranya ada pelakon yang tidak sependapat dengannya mengenai politik untuk berlakon di bawah produksinya.

“Saya tak ada sebarang masalah kalau pelakon yang tidak sependapat dengan saya dalam politik, berlakon di bawah produksi saya.“Seperti saya katakan, seni itu meluas dan neutral. Kalau stesen TV mahukan sesiapa saja untuk berlakon karya terbitan syarikat saya, saya terima,” katanya lagi.

Terbaru, drama yang diterbitkan syarikatnya, Bimbi dan Bonni lakonan Marsha Milan dan Sharifah Sakinah sedang ditayangkan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : HarianMetro