Filled Under:

'Udoh kami tak sior takkan pangkah dacing senget'








Watak popular dalam filem Zombi Kampung Pisang, Usop Wilcha tampil dalam satu klip video khas dibuat sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pelawak yang terkenal dengan loghat Peraknya itu menyanyi sebuah lagu ringkas tetapi berbaur sindiran ditujukan khas buat kerajaan sementara Barisan Nasional.

"Tunggu jadual untuk kempen PH dan @chedetofficial dan geng. Sambil tu tengah nukor (tukar) lirik kot-kot bley (boleh) nyanyi sambil ceramah.

"Kena ada elemen ucapan dan hiburan. Ini dikhabarkan Campaigntainment kan," katanya di media sosial.

Lirik lagu yang diselit unsur-unsur lucu itu antaranya memetik tentang kesukaran hidup dialami rakyat gara-gara GST turut dinyanyikan secara bersahaja.

Lirik

Banyak benda tak habis bayo
Bangun tido teruih ngeletor (menggeletar)
Banyak benda tak habis bayo 
Niat hati sambung koje lagi
Dapatlah OT bayo GST

Sembang dacing timbang
Ngabo nak tolong orang Melayu
Deme rakyat nak tumbang
Apa hajat kome tak bantu
Umbut umbut nyior belalang kedek-kedek
Udoh kami tak sior takkan pangkah dacing senget

Usop atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri, 53, sebelum ini pernah mengumumkan akan membantu Pakatan Harapan dalam PRU14.


sumber : kinitv





, Number of shares