Filled Under:

Rupa-Rupanya Dulu Neelofa Pernah Berjiran Dengan Mona Fandey

Neelofa telah membuat pendedahan di program Meletop tentang Mona Fandey yang merupakan jiran yang tinggal berhadapan rumah keluarganya di Kelantan.

Foto: IG Neelofa
“Saya tak boleh tidur selama 2 hari selepas menonton filem Dukun. Sebenarnya saya lahir di sebuah kampung di Kelantan dan secara kebetulan rumah keluarga saya berhadapan dengan rumah Mona. Sehingga sekarang rumah itu masih ada dan kami sekeluarga ada gambar dan pernah makan bersama keluarga Mona suatu ketika dahulu,”katanya dalam program Meletop.


Dia mengakui menonton filem Dukun memberi kesan kepada dirinya sehingga sukar untuk melelapkan mata kerana teringatkan watak Dukun yang seperti Mona Fandey. Tambahnya lagi rumah Mona Fandey hanya satu sahaja iaitu di Pasir Mas, Kelantan.

Foto: Youtube Meletop

Foto: Youtube Meletop
Hangat.com juga telah menghubungi keluarga terdekat arwah Mohd Affandi Abdul Rahman, suami ketiga Mona Fandey untuk mengesahkan rumah tersebut dan mendapati bahawa rumah tersebut menjadi tempat tinggal untuk anaknya, Irwan Affandi.

Sebelum berkahwin dengan Mona lagi, rumah tersebut sememangnya milik Affandi dan barang-barang bagi kes pembunuhan Dato Mazlan juga telah disita.

Foto: IG Meletop
Dalam program bual bicara tersebut, mereka telah menjemput pelakon filem Dukun, Umie Aida, Faizal Hussein dan Hasnul Rahmat untuk mempromosikan filem.

Foto: IG Meletop
Watak Diana Dahlan yang dilakonkan Umie Aida berjaya mencetus fenomena dan dia turut berkongsi pengalaman misteri sehingga hampir terkena histeria ketika melawat ke bilik gantung. Dia mendedahkan keadaan dirinya pada waktu itu yang menggigil ketakutan.

Siapa yang tidak tengok lagi, belilah tiket sekarang! Umie Aida memang berjaya membawa watak sebagai Dukun dan begitu terbukti bakatnya sebagai pelakon hebat.

sumber - CARI