Lagi pelik bila setiap kali mahu membuat persembahan, suaranya akan hilang atau paling tidak pun kedengaran sedikit berubah.
Menurut pelantun lagu Ku Sesat Dalam Rindu itu lagi, perkara tersebut sudah berlaku kepadanya sejak bulan Jun tahun lepas.
“Sebenarnya sudah lama perkara ini berlaku, cuma Aiman tak mahu beritahu orang. Saya dah tawakkal guna cara perubatan doktor namun tidak jadi apa-apa juga. Insyaallah selepas ini saya akan merujuk kepada ustaz yang akan bantu saya untuk rawatan tradisional,” katanya kepada Portal Suria.
Bukan itu sahaja, Aiman juga sering sakit-sakit dan lemah.
Ada yang mendakwa Aiman terkena 'buatan' orang yang cemburu dengan kejayaannya namun selebriti ini berkata dia cuba berfikir yang baik-baik.
“Saya cuma berfikir baik dan positif. Saya cuma tawakkal. Bila berada dalam industri ini, benda tak mustahil kalau ada orang nak buat. Cuma saya elak untuk berfikir siapa yang buat, saya cuma nak pulihkan diri saya."
Kami doakan agar Aiman Tino kembali pulih seperti biasa.
Sumber-CARI